Tips Bagaimana Hendak Mengawal Perbelanjaan Kita (Bahasa)
Kali ni, kita nak bincangkan. Bagaimana hendak mengawal perbelanjaan kita.
Mengawal perbelanjaan adalah perkara yang sukar untuk kita lakukan. ia memerlukan kawalan kendiri atau disiplin yang kuat dalam mengawal nafsu kita untuk berbelanja.
Ramai pelabur ‘Sophisticated’ mendisiplinkan diri mereka dengan mengawal diri untuk berbelanja dengan cermat. Disini kita akan lihat tips-tips bagaimana hendak mengawal perbelanjaan kita:
1. Buat bajet
Malaysia pun ada bajet 2021. Kita sebagai “Menteri Kewangan” keluarga mesti buat bajet juga.
Setiap bulan bajet untuk keluarga. Bajetkan berapa duit untuk beli barang dapur, berapa nak belanja keluarga makan luar dan sebagainya.
2. Kurangkan window shopping. Terutama sekali shopee.
Hah! Saya tahu kadang-kadang kita kena psyco dengan notification Shopee ni. Tak habis-habis. “SHOPEE! SHOPEE!” Ada je nak dibelinya. Saya tak kata orang, saya pun sama kena. Hahaha
3. Tahu keperluan atau kehendak
Barang keperluan adalah barang yang penting. Kalau tak ada, mungkin kita tak dapat hidup. Macam, makanan, tempat tinggal dan kenderaan.
Barang kehendak pula, adalah barang yang kita inginkan. Kalau tak ada pun kita boleb hidup macam biasa. Cuma tak style je lah
Kita kena utamakan barang keperluan.
4. Downgrade lifestyle
Ini tahap yang paling serius dah ni. Kalau cash flow kita dah jadi negative sahaja tiap-tiap bulan. Tiap-tiap bulanlah juga kita duk swipe saja credit card kita. Berhutang.
Dah sampai tahap tu, memang kena downgrade lifestyle.
Kalau kereta pakai kereta H mungkin kena turun P. Kalau bayar Astrol, mungkin kena tutup. Kalau bayar nettplix, mungkin kena tengok YouTube je.
Tengoklah mana yang boleh kita potong. Kita potong.
Kesimpulan
Mengawal belanja ni, sebenarnya mengawal emosi dan nafsu. Bila dapat kawal nafsu, dapatlah kita kawal belanja kita.
Kalau nak kawal nafsu, kenalah berpuasa. Puasa dari berbelanja barang yang tak pentingpun.
“Don’t buy things you can’t afford with money you don’t have to impress people you don’t like”
Zafiq Syaddiq Radzi (zafiqsyaddiqradzi.com)