2 PERKARA WAJIB YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM AMBIL PLAN TAKAFUL
Mula-mula dulu sebelum saya ambil plan takaful. Saya pening nak pilih plan yang mana satu sebab banyak syarikat takaful yang menawarkan produk mereka.
Bukan itu sahaja, dengan terlampau ramainya ejen-ejen takaful di malaysia ni lagi menambahkan lagi kepeningan saya untuk memilih takaful yang sesuai untuk diri saya sendiri.
Selepas lama, saya buat kajian dan berjumpa dengan ramai penasihat kewangan yang berdaftar. Saya ingin kongsikan perkara-perkara yang penting sebelum kita mencarum takaful.
1. Jumlah pampasan takaful
Perkara pertama yang perlu anda tengok adalah jumlah perlindungan takaful yang ditawarkan.
Pampasan takaful juga ada beberapa jenis. Antaranya:
- Pampasan kematian
- Pampasan penyakit kritikal
- Pampasan kecacatan kekal
Okay…
Bila anda dah tahu jenis-jenis pampasan takaful. Anda perlu tengok pula, jumlah pampasan yang sesuai untuk anda ambil.
Disini ada dua cara bagaimana menentukan jumlah pampasan takaful yang diperlukan.
Cara yang pertama melalui jumlah perbelanjaan anda mengikut tahun dan juga mengikut kadar pendapatan anda secara tahunan.
Saya lagi suka menggunakan jumlah mengikut kadar gaji setahun sebabnya ia lagi mudah untuk buat pengiraan.
1.1 Pampasan Kematian
Jumlah yang ideal adalah bersamaan dengan 11 tahun gaji kita. Dimana cara ini dinamakan sebagai capital intact method (apa itu capital intact method? Nanti saya ulaskan dalam posting lain.)
Jika jumlah pampasan itu tadi menyebabkan bayaran bulanan (atau nama tepatnya sumbangan bulanan) melebihi bajet anda.
Anda boleh kurangkan jumlah pampasan itu tadi kepada 5 tahun gaji (nilai pampasan). Jika ia melebihi juga bajet anda, kurangkan menjadi 1 tahun gaji.
1.2 Pampasan Penyakit Kritikal
Untuk nilai pampasan penyakit kritikal, saya suka ambil yang bersamaan dengan 5 tahun gaji saya.
Anda boleh juga kurangkan ikut kadar bajet anda. Nak ambil atau tidak pampasan penyakit kritikal ni?
Bagi saya ia penting, statistik rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit krikital ini agak tinggi berbanding dengan negara Asean yang lain.
1.3 Pampasan Kecacatan Kekal
Untuk pampasan kecacatan kekal pula, anda disarankan mengambil jumlah pampasan yang menyamai dengan 5 tahun gaji anda. (nilai yang ideal)
Sama seperti yang lain, jika jumlah pampasan itu menyebabkan bayaran bulan melebihi daripada bajet anda anda boleh kurangkan.
2. Bayaran bulanan
Perkara yang kedua yang perlu kita lihat adalah bayaran bulanan (sumbangan bulanan). Sumbangan bulanan adalah penting supaya tidak melebihi daripada bajet anda.
Saranan yang sesuai adalah untuk pastikan bayaran bulanan untuk perlindungan (takaful hayat & kad perubatan) tidak melebihi 10% daripada pendapatan anda
Banyak yang saya lihat, bayaran bulanan takaful mereka agak tinggi dan melebihi 10% daripada pendapatan mereka, tetapi manfaat yang mereka terima sangat rendah.
Ini adalah disebabkan ada plan takaful yang disertakan dengan investment atau istilah lain, saving.
Sebab berlakunya sebegini adalah mereka ditawarkan “pulangan” investment bila sampai tempoh matang polisi mereka.
Anda kena ingat, amaun yang ditawarkan pada tempoh matang polisi adalah anggaran sahaja dan bukannya jumlah yang mutlak. (ramai yang terciduk dekat sini)
Kesimpulan
Apa yang boleh saya simpulkan disini adalah plan perlindungan takaful hayat adalah satu plan perlindungan, dimana ia digunakan untuk mengawal risiko-risiko yang bakal berlaku kepada anda (risk management)
Saya juga ada sediakan artikel tentang ‘6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Medical Card’
Saya harapkan apa yang kongsikan ini dapat membantu ada untuk memilih plan perlindungan takaful hayat yang sesuai dengan anda. Jika posting ini bermanfaat dan membeli nilai tambah kepada anda, saya sangat hargai jika anda dapat kongsikan posting ini kepada kawan-kawan atau keluarga anda. Terima kasih 😄