Indikator Kesihatan Kewangan. (Bahasa)
Salah satu perkara yang penting dalam mengurus kewangan adalah menjaga aliran tunai (Cash Flow).
Cash flow boleh digunakan sebagai indikator untuk menilai tahap kewangan kita. Ia boleh menjadi positif ataupun negatif bergantung pada pandapatan dan juga perbelanjaan kita.
Pendapatan (Income) boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Aktif (Active) dan Pasif (Passive).
Pendapatan Aktif (Active Income) bermaksud pekerjaan yang kita lakukan sama daripada gaji dari kerja hakiki kita, komisen, mahupun bisnes yang memerlukan kita berada di tempat kerja.
Pendapatan Pasif (Passive income) pula, dimana kita tak perlu bekerja tetapi duit atau asset yang bekerja untuk kita.
Contoh seperti dividen, sewaan rumah, royalti, YouTube channel, Adsense, affiliate, dan sebagainya.
Manakala, perbelanjaan (expenses) dibahagikan kepada dua iaitu commitment (perbelanjaan yang berkaitan dengan bank) dan juga belanja tetap (fixed expenses) seperti bil-bil bulanan.
Untuk mendapat aliran tunai yang positif. Pendapatan kita perlu melebihi perbelanjaan kita. Itu semua sedia maklum.
Kalau perbelanjaan kita melebihi pendapatan kita, kita akan mendapat aliran tunai yang negatif.
Aliran tunai tersangatlah penting dalam pengurusan kewangan dan perkara inilah soalan pertama yang akan ditanya jika anda berjumpa dengan mana-mana financial planner.