Agihan Untung Tabung Haji Lebih Baik? (Bahasa)
Pada hari ini tanggal 2 Mac 2021, Tabung Haji telah mengishtiharkan agihan keuntungan kepada semua pendeposit Tabung Haji.
Pada tahun ini, keuntungan yang diishtiharkan sebanyak 3.10% dengan jumlah agihan sebanyak 2.24 bilion.
Kadar keuntungan ini lebih berbandingan dengan kadar keuntungan tahun 2019 iaitu hanya 3.05%.
Tujuan utama Tabung Haji ditubuhkan adalah membantu umat Islam di Malaysia untuk menyimpan bagi memudahkan mereka untuk menunaikan haji kelak.
Selain daripada itu, Tabung Haji juga merupakan tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat simpanan dana kecemasan kita.
Dengan kadar agihan keuntungan yang melebihi kadar keuntungan apabila kita mendeposit didalam akaun simpanan tetap (fixed deposit), ia merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk menjadi tempat simpanan dana kecemasan kita.
Selain itu, pendeposit tidak dikenakan sebarang caj apabila mendepositkan duit mereka (tak sama macam instrumen pelaburan).
Keistimewaan yang ada pada Tabung Haji juga adalah kadar agihan keuntungan adalah setelah ditolakkan dengan zakat jadi para pendeposit tidak perlu mengeluarkan zakat lagi.
Dengan kriteria-kriteria diatas menunjukkan bahawa Tabung Haji adalah meruppakan instrumen simpanan yag sangat sesuai untuk kita. Berbanding dengan menjadikan ia sebagai instrumen pelaburan.
Jangan ada pula cuba bandingkan simpanan Tabung Haji dengan instrumen pelaburan yang lain atau lebih parah lagi apabila dibandingkan dengan takaful.
Ingat setiap instrumen ada tujuan dia yang tersendiri
Zafiq Syaddiq Radzi (zafiqsyaddiqradzi.com)