6 PERKARA UTAMA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM AMBIL MEDICAL CARD.
Anda tengah scroll-scroll Facebook, tiba-tiba anda ternampak satu posting iklan medical card. Dia tulis macam ni.
“Medical card serendah RM 100 ambil lah sekarang sebelum terlambat”
Anda pun PM la dia tanya pasal iklan tu. Bila habis tanya semua. Dia pun dah habis present. Anda pun berpuas hati. Anda pun ambil lah medical card tu.
Dalam plan, tu anda dapat 150k annual limit atau 150k yang anda boleh claim dalam masa setahun. Anda pun okay je lah
Selang 2 minggu, anda sembang-sembang dengan kawan office. Dia cerita dia ada ambil medical card juga. Tapi dia cerita dia ambil plan yang boleh claim sampai 1 juta setahun.
Anda macam peliklah harga lebih kurang sama tapi jumlah boleh claim tak sama.
Haaa…
Anda pun tertanya tanya apa berapa amaun yang sesuai untuk anda ambil?
Apa lagi yang anda perlu tengok dalam polisi medical card yang anda ambil tu?
Kali ni saya nak kongsikan kepada anda apa yang perlu anda tengok sebelum anda ambil mana-mana plan medical card yang ada.
Okay jom kita mulakan…
Pertama: Annual Limit Claim Medical Card
Pertama sekali yang perlu anda lihat adalah nilai yang boleh anda claim untuk setahun.
Ini sangatlah penting sebab apa nilai ini lah yang menentukan plan yang anda ambil tu berbaloi atau pun tidak.
Kalau kita perhatikan secara purata kos yang dikenakan bagi yang dimasukkan kedalam hospital adalah RM 5,000 sehari jika anda dimasukkan ke dalam ICU dan untuk wad biasa dalam 500-1000 sehari.
Kalau dah masuk saja ke dalam dewan bedah kemungkinan RM 20,000 – RM 70,000 adalah nilai yang anda perlu bayar.
Dengan nilai ini sahaja, lebih separuh nilai yang anda boleh claim nanti
Ini pula harga ketika waktu 2021, kalau dikirakan pula dengan kadar inflasi. Kemungkinan harga akan bertambah naik.
Disebabkan itu, nilai yang sesuai untuk anda ambil adalah RM 1 JUTA dan ke atas. Nilai ini sangat kalis masa depan (future proof) disebabkan coverage cukup besar bagi menampung kadar inflasi yang berlaku pada masa akan datang.
Kedua: Lifetime Limit Claim Medical Card
Kedua, perkara yang anda perlu lihat adalah nilai yang boleh anda claim sehingga polisi anda matang atau lifetime limit yang boleh anda claim.
Bagi saya, carilah plan yang menawarkan unlimited lifetime limit atau yang tiada had untuk kita claim sampai tempoh matang polisi medical card.
Ada juga plan yang menawarkan lifetime limit dia sebanyak 1 juta dan sebagainya sehingga tempoh matang.
Bagi saya, ia satu amaun yang agak sedikit disebab kos perubatan hospital swasta di Malaysia agak tinggi.
Jadi, anda ambil lah yang unlimited limit sampai tempoh polisi medical card anda matang.
Ketiga: Ko takaful
Ada sesetengah plan daripada syarikat takaful, mereka ada kenakan Ko-Takaful ni.
“Apa benda ko takaful ni?”
“Tak pernah pun dengar?”
Secara mudahnya Ko-Takaful ni, adalah satu kaedah dimana pencarum medical card dan juga syarikat takaful berkongsi pembayaran untuk bil hospital.
Contoh:
“Ali pencarum medical card. Ali dimasukkan ke hospital dan telah mendapat Guarantee Letter (GL). Selepas menerima rawatan daripada hospital, Ali dapati kos rawatannya sebanyak RM 10,000.
Tetapi, Ali perlu membuat bayaran sebanyak RM300 dahulu dan bakinya akan ditanggung oleh syarikat takaful.
RM 300 itu dikira sebagai Ko-Takaful
Amaun itu berbeza mengikut plan takaful dan juga berbeza mengikut syarikat takaful.
Ko-Takaful juga penting untuk anda tengok sebelum mencarum ke mana-mana medical card
Keempat: Deductible
Deductible adalah satu option untuk mereka yang nak ambil medical card tetapi kekurangan bajet.
Dengan option deductible, harga bulanan medical card akan lebih murah berbanding dengan yang biasa, tetapi ia akan ada kekurangan.
Kekurangannya, kita terpaksa keluarkan duit kita pada kadar yang tertentu
Sebagai contoh,
Jika kita ambil option deductible set 4.
Dimana set 4 ini, pada sebelum umur kita 60 (pre-retirement) jika bill hospital kita kurang daripada RM 20,000. Kita perlu bayar menggunakan duit kita.
Jika bil hospital melebihi RM 20,000 baru syarikat takaful akan menanggung segala bill yang diberikan.
Apabila umur kita selepas 60 tahun (post-retirement) barulah kesemua bil hospital ditanggung oleh syarikat takaful mengikut limit tahunan yang kita ambil dan juga life-time limit.
Amaun deductible ini berbeza mengikut syarikat takaful yang menawarkannya. Anda boleh rujuk dengan wakil syarikat takaful masing-masing.
Kelima: Outpatient treatment
Outpatient treatment ni adalah treatment yang dibuat selepas sesuatu rawatan seperti contoh, dialysis, chemotherapy, physiotherapy dan sebagainya.
Bab ni agak tricky sikit untuk anda tengok. Kadang orang terlepas pandang sebab orang ingat outpatient punya treatment claim sama amaun annual limit.
YA! Ada plan yang ikut annual limit ataupun as per charged.
TIDAK! Ada plan yang ada limit yang boleh kita claim.
Jadi tugas anda sebelum subscribe ke mana-mana medical card plan. Anda kena check dulu berkaitan dengan outpatient treatment ni
Keenam: Lain-lain
Selain yang saya nyatakan diatas. Anda juga boleh tengok benefit-benefit lain yang ditawarkan oleh syarikat takaful.
Ada yang menawarkan treatment untuk ocular (rawatan mata), home nursing, alternative medicine dan sebagainya
Manfaat tambahan ini anda boleh tengok di dalam product disclosure sheet setiap plan yang ditawarkan oleh syarikat takaful
Kesimpulan
Sebelum anda pilih mana-mana plan medical yang ada dipasaran ini, saya sarankan untuk anda lihat dulu perkara-perkara yang diatas.
Perkara diatas adalah perkara yang asas yang perlu anda lihat dalam plan medical card.
Saya harapkan dengan guideline yang saya berikan ini memberi anda sedikit pencerahan sebelum anda membuat keputusan untuk ambil mana-mana plan medical card supaya anda tidak tersalah pilih plan.
Selain itu saya ada juga buat satu guideline berkenaan dengan takaful hayat. Anda boleh klik disini (https://jambatanemas.com/perkara-yang-perlu-anda-tahu-sebelum-mencarum-mana-mana-takaful/)
Zafiq Syaddiq Radzi