6 Cara Untuk Membina Pendapatan Aktif (Bahasa)
Perkara utama sebelum kita dapat mengurus kewangan kita adalah kita perlu ada pendapatan untuk diuruskan. Apabila kita mendapat duit daripada pendapatan kita, dari situlah kita boleh mengurus duit kita dengan cermat.
Pendapatan boleh dikategorikan sebagai 2 kategori.
- Pertama adalah Pendapatan Aktif atau Active Income
- Kedua adalah Pendapatan Pasif atau Passive Income
Posting kali ini saya nak kongsikan 5 pendapatan aktif atau active income yang kita boleh mulakan sekarang.
1. Kerja Hakiki
Kalau tak kerja mana nak datang duit betul tak? Setiap orang ada matlamat masing-masing dalam pekerjaan.
Ada yang matlamat untuk dapatkan duit semata-mata. Ada yang untuk kepuasan diri. Yang penting, kerja mesti ada matlamat.
2. Overtime
Yang ni paling mudah, kalau syarikat kita ada bagi OT, ambil je. Tambahan kalau yang bujang. Dulu saya suka OT. Kalau COW dengar OT, laju je kerja. Hahaha
3. Part-time job
Selain dari kerja hakiki, kita boleh juga cuba untuk buat kerja-kerja part-time untuk menambah pendapatan. Ada yang kerja selepas kerja waktu hakiki untuk tambah duit.
Ada juga restoran-restoran yang memerlukan part-timer untuk berkerja ataupun gerai-gerai kecil.
4. Komisyen
Komisyen ni macam-macam boleh buat. Asal ada kerja yang boleh buat duit. Ada yang jadi personal shopper. Ada yang jadi ejen takaful, unit trust, cuckoo, coway dan macam-macam lagi.
(Kalau nak buat duit dengan TSI, boleh PM tepi. Haha)
5. Part-time Businees
Yang ni mudah untuk kita mula. Mula dengan menjual produk orang dahulu. Bak kata Puan Ainon Mohd dalam posting beliau, mulakan bisnes yang RM 2,000 kebawah. ()
Sahabat saya Dr. Nurhelmi B Lukhman yang merupakan seorang usahawan (https://www.facebook.com/nurhelmi.lukhman) ada menyataan. Mulakan bisnesĀ yang berkaitan dengan nafsu manusia.
- Manusia sentiasa lapar, nak makan. Jadi kita, menjual makanan.
- Manusia nak rasa diri nampak cantik dan kemas. Kita boleh jual pakaian, produk kecantikan atau produk kesihatan.
- Manusia nak cepat kaya dan mudah. Kita boleh jual produk berasaskan kewangan supaya memerpermudahkan manusia untuk mencapai kekayaan.
6. Gig Economy
Gig Economy ni makin banyak diketengahkan. Gig Economy berkaitan dengan freelance job. Kita “trade” duit dengan kemahiran atau masa kita.
Yang paling popular adalah jadi rider penghantar makanan macam Foodpanda, Grabfood dan lain-lain.
Ada juga jadi rider untuk hantar barang macam Ninja Van. Ada seorang brother ni, dia buat Ninja Van waktu weekend untuk tambah pendapatan famili dia.
Kalau kita ada kemahiran seperti graphic design, 3D design, construction design dan ada juga yang ambil upah buat BQ. Gunakan kemahiran yang ada untuk buat duit tambahan.
Kesimpulan
Jadi, inilah 6 kerja yang kita boleh buat untuk tambah duit kita. Matlamatnya adalah supaya kita dapat kekalkan aliran tunai yang positif setiap bulan dan dapat untuk kira urus dengan lebih cermat
Zafiq Syaddiq Radzi