6 Cara Untuk Bina Pendapatan Pasif (Bahasa)
Mesti ramai antara kita pernah dengar pasif income bukan? Ramai yang berusaha untuk membina pasif income. Mana tidaknya, siapa yang tak suka kalau kita dapat duit tanpa perlu kita bersusah payah. Hanya biarkan duit yang “memberanak.”
Posting kali ini, saya ingin kongsikan 6 passive income yang kita boleh mulakan sekarang!
1. Dividend
Yang ni bagi saya paling mudah untuk dapat. Kita boleh terus beli mana-mana saham yang berikan dividend.
2. Royalti
Ada pelbagai jenis royalti yag boleh kita lakukan.
Antaranya ialah mencipta lagu. Kalau kita seeorang yang berjiwa seni dan kreatif dalam menulis lirik ataupun menggubah lagu, Kita boleh mendapat royalti daripada lagu-lagu yag kita. Jika lagu kita dimainkan di stesyen radio
Selain itu, menulis buku juga boleh dijadika sebagai pendapatan pasif kerana kita akan mendapat royalty daripada jualan buku-buku kita
3. Sewaan
Inipun dikira salah satu ‘passive income’ juga. Duit rumah yang kita sewakan boleh jadi pendpatan pasif kepada kita. Pastikan kita dapat aliran tunai yang positif daripada rumahh sewaan kita.
Selain rumah, menyewakan kereta kita pun boleh jadi sumber pendapatan pasif kepada kita.
4. Bisnes
Yang ni secara konsepnya, kita bina satu bisnes sampai Berjaya dan bisnes itu sudah boleh berjalan dengan automatic tanpa perlu kita ada di pejabat.
5. YouTube, TikTok
Boleh cuba buat video konten dalam YouTube ataupun TikTok.
Sekarang TikTok membayar kepada TikToker yang dapat menarik views dalam video live mereka. Manakala, YouTube pula membayar mengikut bilangan views yang menonton video di channel kita.
6. Blogging
Selain membuat konten video di YouTube atau TikTok, menulis blog di website sendiri juga boleh menjadi sumber pendapatan pasif kepada kita.
Kesimpulan
Pendapatan pasif secara asasnya adalah pendapatan kita dapat dengan hanya buat sekali pada permulaannnya dan seterunya kita akan peroleh duit berkali-kali (Macam scammer la bunyi dia)
Untuk mencapai financial freedom, kita ken pastikan yang pasif income kita melebihi perbelanjaan bulanan kita.
Selamat mencuba!
Orang selalu cakap “biar duit yang bekerja untuk kita!”
Zafiq Syaddiq Radzi (zafiqsyaddiqradzi.com)