4 Perkara Yang Kita Perlu Belajar Daripada Profesor

Siapa yang kenal dengan watak el Profesor? atau nama dia Sergio Marquina dalam series La Casa De Papel (Money Heist) yang dilakonkan oleh Álvaro Morte.
Dalam series itu, watak Professor adalah watak utama dan merupakan mastermind dalam cerita tersebut.
Kita rasa kagum dengan rencana dan plan yang dibuat bagi merompak Royal Mint of Spain.
Saya bukan nak review cerita tersebut, tetapi saya nak kongsikan 4 perkara yang boleh kita belajar daripada el Profesor untuk mengurus kewangan kita.
Vamos mis amigos
Kaji dengan teliti.
El profesor telah mengkaji dengan begitu teliti sebelum dia ambil keputusan untuk merompak Royal Mint of Spain.
Poin pertama yang boleh kita ambil adalah membuat kajian yang teliti sebelum membuat sesuatu keputusan terutama dalam hal kewangan.
Dia sudah tahu selok belok bangunan tersebut. Dia sudah kaji apa yang polis akan lakukan. Dia sudah tahu berapa wang yang boleh dicetak semasa rompakkan berlaku.
Kalau kita ada niat nak beli rumah, kita mesti dah kaji dulu sebelum kita buat transaksi rumah yang kita nak.
Berapa duit kita nak kena sediakan sebagai deposit? Rumah undercon ke subsale? Di Kawasan mana? Nak beli untuk duduk ke untuk pelaburan? Harga market kawasan tersebut?
Semua perkara ni kita kena tahu.
Sama juga kalau kita nak beli kereta.
Kereta jenis apa kita nak beli? Segmen apa? Segmen A? Segmen B? Semen C?
Nak beli kereta untuk jalan dekat-dekat atau jalan jauh? Tujuan kita nak beli kereta tu?
Nak nampak bergaya didepan keluarga mentua atau sekadar bawa dari poin A ke poin B?
Rancang dengan betul.
Perkara yang kedua yang boleh kita belajar adalah merancang dengan betul.
Kalau anda menonton series ini, anda akan perasan sebelum rompakan itu berlaku el Profesor akan mengajar ahli kumpulan tentang rancangannya dengan teliti seperti di dalam kelas.
Ketika berlakunya hari kejadian, setiap pergerakkan dan rancangan yang dilakukan oleh kumpulannya mesti mengikut apa yang dirancang oleh el Profesor
Samalah bila mengurus kewangan. Setelah membuat kajian dengan teliti, barulah kita rancang dengan betul.
Boleh gunakan cara SMART.
Specific, Measureable, Attainable, Relevance dan Time-Bound.
Berjumpa dengan orang yang betul.
Ketiga adalah mencari orang yang betul dan dipercayai
Kita tengok bagaimana el Profesor memilih ahli kumpulannya. Berlin, Nairobi, Tokyo, Helsinki, Moscow, Rio, Oslo, Danver. Semua ini dipilih sendiri oleh el Profesor dan setiap daripada mereka memiliki tugas dan juga kepakaran mereka sendiri.
Jika kita nak mengurus kewangan kita, secara tidak langsung kita akan memerlukan bantuan daripada orang lain.
Carilah orang yang bertauliah dan yang dipercayai dalam membantu mengurus kewangan kita.
Cari Penasihat Kewangan yang bertauliah daripada bank negara dan bukannya ‘Self-claimed’ penasihat kewangan.
Carilah ejen takaful yang berdaftar dan yang anda percayai.
Cari REN yang bertauliah yang faham selok-belok hartanah di Malaysia.
Carilah ejen Unit Trust dan juga Marketing Representative yang berdaftar dan dipercayai untuk uruskan pelaburan kita.
Bila berurusan melibatkan kewangan. Tambahan melibatkan pelaburan, kita pastikan berjumpa dengan orang yang berdaftar dengan badan yang bertauliah.
Ubah jika perlu.
Akhir sekali, kita mesti lakukan apa yang telah rancang dan “improvise” jika berlaku sesuatu diluar dugaan.
Ada satu babak dimana, el Profesor sendiri kena turun ke “junkyard” untuk memusnahkan cap jarinya kerana Helsinki tak memusnahkan keretanya, tetapi Helsinki hanya jual kereta itu.
Walapun kita dah rancang dengan betul tetapi nak atau tak nak, pasti akan ada apa yang kita rancang itu tidak menjadi.
Yang penting kita sudah “execute” rancangan yang kita buat dan betulkan balik jika tersasar.
Kesimpulan
Itulah dia 4 perkara yang boleh kita belajar daripada el Profesor untuk kita implemenkan bagi mencapai matlamat kewangan kita.
Zafiq Syaddiq Radzi
P.S: Jangan pergi merompak sudah lah. Hahaha