3 Cara Bagaimana Merekod Perbelanjaan Seharian Kita. (Bahasa)
Aktiviti merekod perbelanjaan ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk kita lakukan. (Ini saya mengaku sendiri) Setiap hari kita melakukan banyak transaksi, terkadang terlupa untuk merekod setiap transaksi perbelanjaan kita.
Merekod setiap perbelanjaan kita juga memerlukan disiplin yang tinggi sebab setiap sen yang dikeluarkan seharusnya kita tahu kemana kita belanjakan.
Sebelum kita nak urus duit kita, pertama sekali kita kena tahu dimana duit kita pergi. Seperti contoh, setiap hari kita belanja duit kita ke mana? Belanja makan kah? Baiki kereta kah? Kita juga kena rekod setiap sen yang masuk ke dalam akaun kita sebagai pendapatan kita.
Bila kita tahu ke mana duit kita pergi. Barulah kita boleh review kembali kemana setiap sen yang kita belanjakan.
Disebabkan itu, kali ini saya ingin berkongsi antara cara-cara yang digunakan untuk merekod perbelanjaan kita.
1. Tulis Perbelanjaan Kita di Buku Kosong atau Kertas Kosong

Cara yang paling mudah sekali, kita ambil satu buku kosong dan kita rekodkan perbelanjaan kita seharian.
Dalam buku atau kertas itu, kita perlu letak tarikh:
- Tarikh transaksi yang kita lakukan.
- Tuliskan jenis transaksi yang kita lakukan. Samada ada duit itu dibelanjakan atau duit yang kita dapat sebagai pendapatan
- Tuliskan berapa amaun transaksi kita
- Tuliskan juga transaksi jumlah dihujung.
Merekod perbelanjaan kita dibuku atau kertas memberikan kita lebih flexibility kepada kita untuk menulis apa saja tambahan yang kita perlukan.
Kalau kita menggunakan kertas kosong, pastikan setiap kertas yang kita rekod itu disimpan dengan elok supaya setiap hujung bulan kita boleh review balik.
Bagi saya cara ini, agak susah kerana kita perlu ingat apa yang kita beli dan rekod bila kita sudah sampai ke rumah. Kalau nak menggunakan cara ini, mungkin boleh menggunakan buku kecil atau buku 555 supaya senang untuk kita bawa kemana-mana kita berada.
2. Template Buku Kira-Kira

Hah! Kalau bosan kita jenis yang cepat bosan tengok buku latihan kosong. Kita boleh juga buat template. Buat template cantik-cantik macam ni gambar di atas.
Dalam template ini, kita boleh buat template untuk perbelanjaan harian kita, rumusan perbelanjaan bulanan ataupun akihr sekali kita boleh gunakan data-data yang ada untuk nilai kembali data tahunan.
Bagi saya, cara ini agak menarik kerana kita sudah siap-siap sediakan template dan kita hanya isi sahaja diruangan yang disediakan. Keburukkan dia, kalau template kita besar agak susah untuk kita bawa kemana-mana
3. Aplikasi Money Manager

Yang ni paling saya suka dan saya selalu pakai. Saya guna aplikasi “Money Manager”. Anda boleh download dalam app store atau google play.
App ni cukup senang. Kita boleh rekod semua perbelanjaan kita dan dalam app ni juga, siap ada kategori perbelanjaan kita dah. Jadi kita senang rekodkan perbelanjaan kita dengan kategori yang ada.
Dengan kategori yang ada, kita boleh kita boleh tahu ke mana duit kita pergi secara spesifik. Dari situ, kita boleh monitor perbelanjaan mana yang kita terlebih belanja atau perbelanjaan mana yang boleh kita tutup.
Selain perbelanjaan, kita boleh juga rekod pendapatan kita dan terdapat juga kategori yang kita boleh kategorikan pendapatan kita.
Dalam app ni, boleh juga kita buat banyak akaun yang ada, akaun bank, akaun pelaburan, akaun GrabPay, Boost pun boleh. Jadi senang juga untuk kita monitor setiap akaun yang kita ada.
Selain dari tengok cash flow kita. Kita boleh juga guna untuk rekod semua asset dan liabilities yang kita ada. Jadi boleh review kita punya nett worth dari semasa ke semasa.
Kesimpulan
Merekod perbelanjaan dan juga pendapatan adalah perkara yang penting dalam mengurus kewangan kita. Dengan rekod yang kita buat, ia memudahkan kita untuk menilai dan memantau setiap duit kita.
Dengan rekod-rekod yang kita buat, ia memudahkan kita menganalisa cash flow dan juga nett worth kita.
Dalam posting ini , (https://jambatanemas.com/indikator-kesihatan-kewangan/) saya ada kongsikan kepentingan cash flow dalam pengurusan kewangan kita.
Zafiq Syaddiq Radzi (zafiqsyaddiqrazi.com)